Monday, February 6, 2012

hye....entry kali ni psl INTERVIEW....arh !!! rabu ni je kot...n ak sgt2x CUAK plus TAKUT....hmmm......ak xdpt agak ap y akn dtnye panel nt.....ap la ak nk jwb....hmmm....sesak nafas ak ! Subhanallah......rsau !

nilah muke ak bile HARI RABU nt! hmmm...

cuak gile ah ! hmmm...

tadaaaa!! ni la cre utk jmpe panel2x nt...hmm...cuak gile....nk nangis pn ad...hmmm

n bile ak usha2x...ad la stu blog ni entry die sal intrview session jgak...
fuh...mmg btol2x bgune gile ah !!
hepi gileee...so...
bace laaaa.......


SOALAN yang BIASA ditanya PANEL temuduga (~_~)
Apakah soalan yang sering ditanya oleh panel penemuduga?

Pada kebiasaannya dalam satu sesi temuduga, soalan wajib yang hampir
pasti ditanya ialah "Apakah yang anda tahu tentang syarikat ini?" Malah sekiranya
tidak ditanya soalan tersebut, anda seharusnya memberitahu panel temuduga tentang pengetahuan anda terhadap syarikat tersebut.

**Ada beberapa cara untuk anda menyelidik atau mendapatkan maklumat sesebuah syarikat.
Antaranya:


=Melalui laporan tahunan syarikat
=Melalui rakan atau kenalan yang bekerja di syarikat tersebut
=Melalui pelanggan dan pembekal yang berurusan dengan syarikat
=Melalui perpustakaan: cetakan dan kemudahan internet


Cara terbaik untuk mempamerkan atau menunjukkan keinginan anda terhadap jawatan yang dipohon semasa ditemuduga ialah mesra dan sentiasa tersenyum. Bagi mempamerkan keyakinan anda semasa ditemuduga ialah tegas dan suara yang jelas ketika menjawab soalan yang diberikan

**Apakah yang anda patut lakukan jika diminta memperkenalkan diri anda?
-Jangan cerita mengenai diri/kehidupan anda. Berikan ringkasan mengenai latarbelakang pendidikan, pengalaman di dalam pekerjaan yang lalu adalah lebih membantu permohonan pekerjaan anda.

**Jika anda ditanya mengenai kekuatan atau kelebihan anda?
-Beritahu mengenai kelebihan yang ada pada diri anda dan bagaimana ia boleh membantu di dalam pekerjaan yang anda pohon.

**Berikan jawapan negatif yang tiada kesinambungan dan kaitkan dengan pekerjaan anda itu:
-"Saya bukan pengeja yang bagus, jadi saya selalu bawa kamus bersama saya". Yakinkan penemuduga bahawa tiada kelemahan yang tak boleh anda atasi sekiranya anda diberi jawatan tersebut. Beritahu juga, sekiranya terdapat kekurang/kelemahan anda akan menanganinya dan belajar dari pengalaman itu.

**Jika ditanya apakah jawatan anda di dalam syarikat ini dalam jangkamasa 5 tahun lagi (10-15 tahun)? Apakah yang anda ingin lakukan dengan kehidupan anda?
-Seimbangkan jawapan pada soalan sebegini dengan terangkan keikhlasan, cita-cita dan keinginan anda untuk bekerja dengan syarikat ini. Elakkan dari bercakap keinginan anda untuk membuka perniagaan sendiri, mengadakan kongres dan sebagainya. Tidak perlu menceritakan perihal kehidupan personal anda samada berkahwin atau bujang tetapi lebih tekankan kepada impian dan matlamat anda untuk berjaya dengan syarikat itu.
Jawapan yang sepatutnya adalah:
- Ingin saya tekankan bahawa saya adalah calon terbaik untuk jawatan ini. Sekiranya anda mendapati bahawa saya layak untuk dipertimbangkan untuk jawatan lebih tinggi di masa hadapan, saya tidak mampu menolak tawaran tersebut.


**Jika ditanya, pernahkah anda menghadapi apa-apa konflik bersama majikan terdahulu atau pensyarah anda?
-Jangan termasuk di dalam perangkap ini. Terangkan secara jelas bahawa anda tidak pernah menghadapi konflik tersebut, dan sekiranya anda pernah menghadapinya, terangkan dengan cara paling positif.

**Bagi soalan mengapa perlu syarikat ini mengambil anda bekerja?
-Terangkan tentang sumbangan yang boleh anda beri kepada syarikat di samping kualiti-kualiti kerja lain yang boleh anda lakukan.
**Bagaimanakah anda terangkan tentang jawatan yang bersesuaian dengan anda?
-Pastikan bahawa jawatan yang sedang anda pohon adalah amat bersesuaian dan itulah yang menyebabkan anda menghadiri temuduga tersebut.

**Adakah anda sanggup bekerja bersama dengan mereka yang berada di bidang teknologi maklumat?
-"Pastikan anda sentiasa bersedia bekerja dengan mereka, kerana teknologi maklumat adalah dianggap berperanan penting di dalam setiap syarikat dan ianya mempunyai hubung kait rapat dengan hala tuju prestasi syarikat.

**Apakah kualiti yang seharusnya ada pada seseorang pengurus berjaya?
-Jawapan anda seharusnya terbahagi kepada dua iaitu: 
1) Bagaimanakah anda menyesuaikan diri dengan pengurusan dan operasi syarikat 
2) Bagaimanakah anda mentadbir syarikat atau unit/ bahagian sekiranya anda ditugaskan.


** Bagaimanakah status pendidikan anda dapat membantu kerjaya anda di dalam sesebuah syarikat?
-Terangkan bagaimana kelayakan yang anda miliki amat berkhususan dengan jawatan yang dipohon dan sekiranya perlu sila juga terangkan tentang contoh-contoh pengkhususan yang telah anda lakukan.


*****fuh !!! semangat gile bile ak usha....hohohoho....mmg best lah !!but kne igt jgak....
FIRST IMPRESSION adalah palin pentin dlm interview session....haaa...ni y ak sgt2x LEMAH nih ! hmmmm nk nangis, berak, kencin sume ad......adoiyai....amik lesen mandu pn xd cuak cm ni lah ! Ya Allah..... tp munkin ni dpt mmbntu ak n kwn2x ak y usha blog ak ni...hohoho...so bace lah...sila2xkan la yeeeeee

Bagaimana nak dapatkan first impression yang baik?

1. Pergerakan dan adab
Tak kira camne nervous sekalipun korang time interbiu tuh, korang kena maintain cool atau ayu. Huhuhu... Time interviewer tanya soalan... JANGAN bermain dengan jari korang, JANGAN pusing-pusing pen, JANGAN gigit-gigit bibir, JANGAN main syiling di dalam poket, JANGAN goyangkan kaki dan postur duduk yang betul. Ini semua kelakuan yang biasa bagi seseorang yang berada dalam keadaan yang sangat nervous dan aku rasa macam nak lempang jek kalo ada orang yang buat camtu bila aku interbiu diorang.
2. Percakapan 
Jawab pertanyaan dengan gaya kasual atau friendly dan juga jelas dalam menyampaikan jawapan.
Gunakan ayat bombastik yang mudah ketika menjawab pertanyaan untuk menunjukkan tahap keyakinan kita dalam menyiapkan tugasan atau assignment dan sentiasa bercakap dengan suara yang jelas... BUKAN menjerit, BUKAN suara nyaring, BUKAN suara meneran... JANGAN cakap berbisik-bisik sebab diorang tu bukannya pakwe atau makwe korang yang korang nak cakap berbisik-bisik... JANGAN bercakap dengan nada yang mendatar seperti membaca seolah-olah macam korang menghafal jawapan.

3. Sentiasa positif
Tunjukkan sedikit "passion" atau minat yang mendalam tentang kerja yang korang minta tuh... Korang mgkin pernah di-interbiu oleh seseorang yg mcm berlagak ke, garang ke atau suka buat muka bengis nak mati kan..? Jangan panik dan sentiasa laa positif... tunjukkan 'passion' atau minat yang mendalam dengan kerja yang korang minta tuh... cuba elakkan topik-topik yang negatif dan bila muka diorang masih macam nak bunuh korang, senang jek... korang sentiasa jek senyum bila menjawab soalan yang diorang tanya...

Kalo korang rasa muka korang lagi bengis, korang buat laa muka bengis balik sampai diorang takut... Hahahaha... tapi korang memang tak dapat laa kerja yg korang minta tuh... Hehehe...
4. Mendengar
Dengar setiap soalan atau penjelasan dengan penuh konsentrasi dan sentiasa jaga 'eye contact' setiap masa... maksud 'eye contact' nih bukannya suruh korang kenyit mata kat diorang... kang korang dapat kerja lain pulak kang... huhuhu... tapi skil mendengar dan 'eye contact' nih untuk menunjukkan yang korang ni bagi penuh perhatian dan penuh minat tentang apa yang diorang jelaskan. Sentiasa terima apa yg diorang jelaskan dengan senyum dan angguk kepala tapi jangan ye-ye sangat laa...
5. Komunikasi 
Bab komunikasi ni merangkumi semua di atas tau... kira macam konklusi laaa... bila korang dah berjaya jaga 'postur' badan, cara percakapan, sentiasa positif dan juga skil mendengar, korang kena tahu cara berkomunikasi yang berkesan iaitu menjawab soalan dengan baik dan berhenti bila korang rasa dah cukup jawapan yang korang berikan. Kalo tak faham dengan apa yang diorang tanya, minta diorang jelaskan soalan diorang tu dengan cara baik dan kalo korang tak tau nak jawab apa, korang cakap jek korang tak tau. JANGAN memandai-mandai nak goreng jawapan sebab nanti diorang ingat korang ni kaki putar belit.



*hope entry ak kali ni leyh bantu ak n kwn2x ak sume...insyaAllah.......
**sumber: org lain ~

1 comment:

  1. Good luck! :) Btw dah follow. Kalau sudi follow lah kita alright :)

    ReplyDelete

Yang SmaRt jeW!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShoutMix chat widget